Monday, August 2, 2010

HARI KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN SMK SERI PAGI
Sekolah akan mengadakan Hari Karnival Kerjaya dan Keusahawanan pada 3 Julai 2010 hari Sabtu ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di perkarangan SMK Seri Pagi. Antara objektif Hari Karnival ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang kursus-kursus lepasan SPM dan peluang kerjaya serta bagi menerapkan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. Hasil jualan pada hari tersebut akan digunakan untuk menampung aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan. Beberapa aktiviti menarik seperti Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, rumah hantu, perlawanan futsal dan bola sepak 7 sebelah, permintaan lagu, karaoke, tayangan filem, pameran kerjaya serta jualan gerai seperti makanan, tekstil, tudung, kasut dan banyak lagi menanti para pengunjung pada Hari Karnival tersebut. Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi Hari Karnival SMK Seri Pagi.
News last updated:  Thursday July 01 2010 08:36
JOHAN PERTANDINGAN KAWAD OPERASI MENYELAMAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2010.
 
 
Kesemua 6 pelajar SMK Seri Pagi yang mewakili daerah Seremban dalam Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat Peringkat Negeri Sembilan berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat kebangsaan selepas pasukan daerah berjaya menjadi Johan Pertandingan Kawad Operasi Menyelamat Peringkat Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Mei yang lalu.Tahniah sekali lagi kepada semua peserta!
 
News last updated:  Wednesday June 23 2010 06:34
NAIB JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN PASUKAN KADET BOMBA & PENYELAMAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2010.
 
 
Pasukan SMK Seri Pagi berjaya menjadi naib johan bagi Pertandingan Kawad Operasi Menyelamat (Kering Menyelamat) dan juga bagi Pertandingan Kawad Operasi Air Terbuka (Kawad Basah) peringkat daerah Seremban. Pertandingan ini berlangsung pada 5 Mei yang lalu bertempat di SMK Seri Ampangan, Seremban. Seramai 6 orang peserta dari SMK Seri Pagi berjaya ke peringkat negeri, iaitu :
1.      Hazwani bt Abdul Wahab
2.      Nur Maizatul Farhana bt Zainoordin
3.      Nor Syafiqah bt Mat Hussin
4.      Rose Azarina bt Azeman
5.      Nur Farah Ain bt Adam
Sekalung tahniah kepada semua peserta pertandingan.
 
News last updated:  Wednesday June 23 2010 06:32
JOHAN PERTANDINGAN PIDATO ANJURAN SPRM & JPNS (KATEGORI BAHASA MELAYU)
 
 
Mohd Termizi bin Mohd Rafai dari Tingkatan 6 R Hibiscus muncul Johan Pertandingan Pidato Anjuran SPRM dan JPNS (Kategori Bahasa Melayu) pada 1 Oktober 2009 di SMK Puteri, Seremban. Pertandingan ini telah disertai oleh 46 orang pelajar mewakili 23 buah sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
 
News last updated:  Thursday November 12 2009 10:26
PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2009
 
 
Kedua-dua pemidato SMK Seri Pagi berjaya mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan pidato yang telah diadakan pada 13 Oktober 2009 di Perpustakaan Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada Monica a/p Michael (6 R Bourgainvillea) dan Kavita a/p Geeva Subramaniam (6 R Hibiscus).
 
News last updated:  Thursday November 12 2009 10:25
PROGRAM ELIT PRA UNIVERSITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2009
 
 
Dua orang pelajar dari tingkatan 6 R Hibiscus telah terpilih bagi mengikuti Program Elit Pra U Peringkat Kebangsaan pada tahun ini pada 19 hingga 22 Oktober 2009 di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah Darul Aman.
 
News last updated:  Thursday November 12 2009 10:24
PENGUMUMAN