Friday, April 15, 2011

Selamat Datang

Kami Warga SMK Seri Pagi ingin mengucapkan selamat datang kepada Pengetua baru, serta mengalu-alukan kehadiran Tuan Haji Hamzah bin Abu ke sekolah kami. Semoga kehadiran beliau ke sekolah ini, akan menjadikan sekolah ini cemerlang dari aspek akademik, sahsiah serta kokurikulum. Selamat bertugas kami ucapkan.
Kami warga SMK Seri Pagi ingin mengucapkan salam perpisahan h kepada Pn. Siti Aloyah bt Alias (Pengetua Cemerlang) kerana akan berpindah ke SMK Sheikh Ahmad, Seremban.  Walaupun hanya setahun beliau berkhidmat di sekolah ini, namun telah banyak kecemerlangan yang sekolah ini capai terutamanya dalam bidang akedemik.  Pemergian ini adalah satu kehilangan namun kami warga SMK Seri Pagi berharap semoga beliau akan teruc cemerlang di sekolah barunya nanti.  Terima kasih puan, jasa baik puan tidak akan kami lupakan.

Monday, August 2, 2010

HARI KARNIVAL KERJAYA DAN KEUSAHAWANAN SMK SERI PAGI
Sekolah akan mengadakan Hari Karnival Kerjaya dan Keusahawanan pada 3 Julai 2010 hari Sabtu ini bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di perkarangan SMK Seri Pagi. Antara objektif Hari Karnival ini diadakan ialah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang kursus-kursus lepasan SPM dan peluang kerjaya serta bagi menerapkan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. Hasil jualan pada hari tersebut akan digunakan untuk menampung aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan. Beberapa aktiviti menarik seperti Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, rumah hantu, perlawanan futsal dan bola sepak 7 sebelah, permintaan lagu, karaoke, tayangan filem, pameran kerjaya serta jualan gerai seperti makanan, tekstil, tudung, kasut dan banyak lagi menanti para pengunjung pada Hari Karnival tersebut. Semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan lagi Hari Karnival SMK Seri Pagi.
News last updated:  Thursday July 01 2010 08:36
JOHAN PERTANDINGAN KAWAD OPERASI MENYELAMAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2010.
 
 
Kesemua 6 pelajar SMK Seri Pagi yang mewakili daerah Seremban dalam Pertandingan Kawad Kecekapan Pasukan Kadet Bomba & Penyelamat Peringkat Negeri Sembilan berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat kebangsaan selepas pasukan daerah berjaya menjadi Johan Pertandingan Kawad Operasi Menyelamat Peringkat Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai pada 18 Mei yang lalu.Tahniah sekali lagi kepada semua peserta!
 
News last updated:  Wednesday June 23 2010 06:34
NAIB JOHAN PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN PASUKAN KADET BOMBA & PENYELAMAT DAERAH SEREMBAN TAHUN 2010.
 
 
Pasukan SMK Seri Pagi berjaya menjadi naib johan bagi Pertandingan Kawad Operasi Menyelamat (Kering Menyelamat) dan juga bagi Pertandingan Kawad Operasi Air Terbuka (Kawad Basah) peringkat daerah Seremban. Pertandingan ini berlangsung pada 5 Mei yang lalu bertempat di SMK Seri Ampangan, Seremban. Seramai 6 orang peserta dari SMK Seri Pagi berjaya ke peringkat negeri, iaitu :
1.      Hazwani bt Abdul Wahab
2.      Nur Maizatul Farhana bt Zainoordin
3.      Nor Syafiqah bt Mat Hussin
4.      Rose Azarina bt Azeman
5.      Nur Farah Ain bt Adam
Sekalung tahniah kepada semua peserta pertandingan.
 
News last updated:  Wednesday June 23 2010 06:32
JOHAN PERTANDINGAN PIDATO ANJURAN SPRM & JPNS (KATEGORI BAHASA MELAYU)
 
 
Mohd Termizi bin Mohd Rafai dari Tingkatan 6 R Hibiscus muncul Johan Pertandingan Pidato Anjuran SPRM dan JPNS (Kategori Bahasa Melayu) pada 1 Oktober 2009 di SMK Puteri, Seremban. Pertandingan ini telah disertai oleh 46 orang pelajar mewakili 23 buah sekolah menengah sekitar Negeri Sembilan bagi kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
 
News last updated:  Thursday November 12 2009 10:26
PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEREMBAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2009
 
 
Kedua-dua pemidato SMK Seri Pagi berjaya mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan pidato yang telah diadakan pada 13 Oktober 2009 di Perpustakaan Negeri Sembilan. Tahniah diucapkan kepada Monica a/p Michael (6 R Bourgainvillea) dan Kavita a/p Geeva Subramaniam (6 R Hibiscus).
 
News last updated:  Thursday November 12 2009 10:25
PENGUMUMAN